Sunday, 16 August 2015

hIdUp inI BahaGia Di KaLa Aku MeniTi PerJuangan MeNjadI iBU

Setelah aku setahun mendirikan rumahtangga dgn insan yg aku paling sayangi, akhirnya aku disahkan hamil, Waktu tu aku tak rasa apa-apa perubahan sebab yang aku tahu aku baru sahaja balik dari Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan aku di Cherating selama 3 hari dua malam. Aku tidak merasa loya mcm sesetengan ibu-ibu pada awalnya. Cuma pada satu malam tu aku tak boleh mebuang air kecil dengan keadaan biasa. Sungguh sakit di bahagian ari-ari. Air kencing seperti tidak lawas dan menyakitkan.

Rupa-rupanya itulah simptom-simptom awalan untuk mengesahkan lagi kebenaran bahawa aku hamil. Aku terus memaklumkan hal ini pada suamiku. Waktu tu pun dah agak lewat, kebanyakan klinik telah pun tutup. Rumah kami memang agak hampir  dengan Bangi, jadi kami terus menuju ke Pusat Perubatan Az-Zahrah Bangi. Mak dan ayah mertua serta abang iapr ku yang baru pulang dari Putrajaya juga turut juga mahu menemaniku. Setelah namaku dipanggil nurse, aku terus ke dalam bilik rawatan ditemani suamiku dan terus aku menceritakan masalahku. Lalu doktor memiinta sampel air kencing. Setelah ujan dibuat, doktor mengesahkan aku hamil 5 minggu. Syukur tak terhingga kepada Allah SWT.

nAnTi Akn Aku CerITA PeRkembanGAN kEhAMIlAN KU SeDikit MaSA lagi